Wednesday, 3 April 2013

Sulaman Tangan Tudung Fesyen Muslimah

Sulaman tangan suatu seni yang sentiasa diminati sepanjang zaman. Namun akhir-akhir ini, saya melihat rekaan sulaman tangan telah mula dikenali ramai kerana ia menjadi trend terutamanya rekaan yang dihasilkan pada tudung Muslimah.

Bermula Sulaman Tangan Tudung Kasa Bawal.

Bermula dengan tudung kasa bawal yang dihasilkan dengan sulaman tangan, seterusnya kini sulam tangan tersebut dihasilkan pada tudung-tudung berkain jersi seperti tudung ariani. Itulah uniknya seni sulaman tangan warisan yang tidak luput dek ditelan zaman.

Dahulu Dekorasi Hanya Untuk Rekaan Sulaman Tangan.

Jika dahulu, saya dapati ia hanya dihasilkan pada bahan-bahan dekorasi rumah sahaja seperti alas meja dan kusyen. Namun, pada fesyen sulaman terkini, rekaan sulam tangan juga banyak dilihat dan dijahit menghiasi baju pakaian kanak-kanak. Dan kaedah menyulam benang pada pakaian kanak-kanak juga dilengkapi dengan teknik smoking. Ia menjadi satu lambang kemewahan terutamanya bagi penggemar sulam tangan di negara-negara Eropah kerana mereka menganggap sulaman tangan ini sebagai satu simbol kemewahan jika ia boleh dimiliki. Tidak hairanlah jika anda lihat, banyak buku-buku terbitan ilmiah dan majalah-majalah fesyen seni kerajinan tangan luar negara lebih tertumpu kepada sulaman tangan. smoking dan tatin.

Gabungan Sulaman Tangan dan Jahitan Manik Satu Kemestian

Kini, anda boleh lihat sulaman tangan ini tutur dihiasi dengan jahitan manik supaya ia lebih cantik dan menarik untuk sesuatu rekaan. Baik tudung mahupun busana, kesemuanya sudah dihiasi dengan gabungan sulaman tangan dan manik. Dalam erti kata lain, tidak lengkap sesuatu rekaan tudung mahupun busana bermanik jika ia tidak digabungkan dengan sulaman tangan.

Teknik Bulion Asas Sulaman Tangan.

Namun, asas pelajaran sulaman tangan adalah teknik bulion. Pelbagai gubahan atau corak dapat dihasilkan dengan teknik bulion ini. Bagaimana anda mengenali teknik bulion in dalam sesuatu rekaan sulaman tangan dan menghasilkannya dengan mudah? Kesemuanya telah dimuatkan dalam Online Courses Bengkel Sulaman tangan saya. jangan lupa layarinya dan langganlah online courses tersebut agar anda dapat mengetahui rahsia menghasilkan teknik bulion dengan mudah.

Selamat belajar!

Kelas Belajar Sulaman Tangan Online

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan Benang.

Video Sulaman Benang: Wheatear Stitch

Video Sulaman Benang: Wheatear Stitch

Petua Rekaan Sulaman Tangan Benang Yang Cantik

Ada yang bertanya saya bagaimanakah untuk mereka menghasilkan sulaman tangan yang cantik. Jawapan yang saya berikan adalah cukup mudah iaitu setiap pergerakan sulaman tangan perlulah dilakukan secara lembut dan tersusun.

Patuhi Petua Menghasilkan Sulaman Tangan Benang.

Hal ini kerana jika ia tidak dapat dipatuhi dan diamalkan penyulam, pastinya sulaman tangan yang dihasilkan tidak akan cantik dan kemas.

Sebagi contohnya, ada di antara mereka yang bertanya mengapa lilitan yang dihasilkan seperti menggelembung di bahagian tengah sulaman tangan tersebut. Hal ini berikutan si penyulam tadi tidak meneliti saiz lilitan yang sama setelah ia ditarik keluar dari jarum. jadi, tidak hairanlah jika hasilnya akan menggelembung di bahagian tengah lilitan benang tersebut.

Sulaman Tangan Benang Nampak Mudah Tetapi…

Bagi saya, walaupun penghasilan sesuatu teknik sulaman tangan nampak mudah tetapi ia sangat menitikberatkan pada kekemasan dalam lilitan mahupun penghasilan bunga. Ini kerana hasilnya akan nampak berbulu, menggelembung dan juga berketul-ketul. Ini amat sukar dijadikan imej yang dikehendaki oleh anda.

Lilitan Sulaman Tangan Benang Perlu Tersusun.

Oleh yang demikian, saya selalu tekankan kepada para peserta terutamanya sekali peserta Online Courses Sulaman Benang, agar lilitan perlu dihasilkan secara tersusun dan dikeluarkan dari jarum juga secara tersusun satu persatu. Jika tidak sulaman tangan tidak akan menjadi cantik. Malahan, saiz lilitan juga perlu disusun agar ia sama saiz dan mudah untuk anda mengolah supaya menjadi bunga atau imej-imej lain yang menarik.

Pokok pangkalnya, ketekunan dan kesabaran yang tinggi dituntut dalam menghasilkan sulaman tangan ini perlu bagi memastikan ianya cantik dan kemas. Oleh itu, sehala-galanya terpulang kepada anda dalam menilai sesuatu hasil rekaan sulaman tangan yang terbaik.

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Tangan

Sulaman Tangan Benang Online

Jom Belajar Sulaman Tangan Benang Secara Online!