Wednesday 3 April 2013

Petua Rekaan Sulaman Tangan Benang Yang Cantik

Ada yang bertanya saya bagaimanakah untuk mereka menghasilkan sulaman tangan yang cantik. Jawapan yang saya berikan adalah cukup mudah iaitu setiap pergerakan sulaman tangan perlulah dilakukan secara lembut dan tersusun.


Patuhi Petua Menghasilkan Sulaman Tangan Benang.


Hal ini kerana jika ia tidak dapat dipatuhi dan diamalkan penyulam, pastinya sulaman tangan yang dihasilkan tidak akan cantik dan kemas.

Sebagi contohnya, ada di antara mereka yang bertanya mengapa lilitan yang dihasilkan seperti menggelembung di bahagian tengah sulaman tangan tersebut. Hal ini berikutan si penyulam tadi tidak meneliti saiz lilitan yang sama setelah ia ditarik keluar dari jarum. jadi, tidak hairanlah jika hasilnya akan menggelembung di bahagian tengah lilitan benang tersebut.


Sulaman Tangan Benang Nampak Mudah Tetapi…


Bagi saya, walaupun penghasilan sesuatu teknik sulaman tangan nampak mudah tetapi ia sangat menitikberatkan pada kekemasan dalam lilitan mahupun penghasilan bunga. Ini kerana hasilnya akan nampak berbulu, menggelembung dan juga berketul-ketul. Ini amat sukar dijadikan imej yang dikehendaki oleh anda.


Lilitan Sulaman Tangan Benang Perlu Tersusun.


Oleh yang demikian, saya selalu tekankan kepada para peserta terutamanya sekali peserta Online Courses Sulaman Benang, agar lilitan perlu dihasilkan secara tersusun dan dikeluarkan dari jarum juga secara tersusun satu persatu. Jika tidak sulaman tangan tidak akan menjadi cantik. Malahan, saiz lilitan juga perlu disusun agar ia sama saiz dan mudah untuk anda mengolah supaya menjadi bunga atau imej-imej lain yang menarik.


Pokok pangkalnya, ketekunan dan kesabaran yang tinggi dituntut dalam menghasilkan sulaman tangan ini perlu bagi memastikan ianya cantik dan kemas. Oleh itu, sehala-galanya terpulang kepada anda dalam menilai sesuatu hasil rekaan sulaman tangan yang terbaik.


Selamat Mencuba!


Ikhlas,


Syahida Ramli,


Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic


Moderator Online Courses Sulaman Tangan


Sulaman Tangan Benang Online


Jom Belajar Sulaman Tangan Benang Secara Online!



Petua Rekaan Sulaman Tangan Benang Yang Cantik

No comments:

Post a Comment